Gelak Dan Tawa..Suka Dan Duka..

assalamualaikum....

maka aku kini..dengan rasminya bukan lagi budak sekolah..
dengan perasaan sedih dan bangga (eceh..) aku mengumumkan..

bukan apa..
aku sedih sangat tinggalkan sekolah.sepatutnya sekarang ni tengah sibuk2 nak beli baju sekolah,buku sekolah,alatan sekolah bla3...
tapi sekarang..lepas subuh..tidur terlentang tak sedaq kediri..
matahari dah terpacak tinggi pokok nyoq baru nak bangun..

jarang macam ni..dulu sebelum habis sekolah beria nak abiskan..
bila dah habis tak tau nak buat apa..
mana taknya..selalu huluq tangan "umi..nak duit.."
amboi..ingat duit terjun dari langit apa..
tapi apa boleh buat..dah tak bekerja..mintak la..hehehe

kalau time sekolah..subuh2 si pi'e lagi dah terpacak depan bilik ayaq..la ni..lawan dok tolak suruh masuk dulu..

teringat masa sekolah..jumpa kawan2..nazli gayong,rafiq commander..cikgu2 yang suka buat jenaka..n adik2 junior yang suka buat masalah..

lepak dengan nazli paling jadi pengalaman..ada saja teguran yang boleh mematangkan fikiran..walaupun tak berapa nak cukup matang lagi..asyik nak gaduh je bak kata umi..
tapi aku tau bawak diri..

masa dengan nazli selalu je bergelak..kira tak bosan lar..walaupun satu perkataan contohnya..
"bang..mak tengah dok masak kuah rojak.."kata adik kat warung tuh..
tapi sampai kat nazli.."ow..kuah tengah tak mau..kuah tepi mau la.."kami gelak setengah mati...

prnah satu malam..dok melepak kat gembira seafood..datang tukang amik order..

tukang amik order:nak minum ape..??

nazli:mi apa ada..?? (muka selamber)

tukang amik order: macam2ada..mi goreng,mi hailam,mi bandung bla3..

nazli : bagi saya...mi....milo tarik satu...

kami gelak bagai nak gila...

bila datang minuman..

nazli:eh...ni sape punya order ni..??

tukang hantar :eh bukan order milo tarik ke tadi..??

nazli: memang pun..sape kate salah..

kami gelak sampai kuar air mata..

nazli pun minum seteguk..
terus dia panggil tukang hantar tadi..

tukang hantar: ye ada ape..??

nazli : rasa milo..

kami gelak separuh nyawa..
sampai tumpah air yang ada atas meja...

malam tu memang sejarah..kami sembang dari benda lawak sampai benda gelak..habis gelak sambung lagi gelak..pastu nangis bila cerita benda sedih..

memang tak boleh bla..dengan nazli..sekarang dah jadi Guru Gayong..
respek sama lu

Hidup Tanpa Sekolah..

assalamualaikum...

hari khamis nanti maka secara langsung dan gear automatiknya..
aku dinobatkan sebagai penganggur..hahaha
seronok la jugak..
tapi..boleh ke aku hidup tanpa sekolah..??
pagi2 bangun pergi sekolah..petang balik sekolah..malam tidur sebab esok nak pergi sekolah..
tapi lepas ni....

aku nak kerja..
sapa2 yang boleh bagi aku kerja..??
kerja yang boleh menguji ketahanan mental dan fizikal..??

ada orang kata.."ko balik je kampung ko..jaga kambing bapak ko..duduk dengan makcik ko..comferm..!!! teruji iman ko..!!"

bila aku fklirkan balik..betul gak..tapi kalau jadi kes polis nanti macam mana..??
sape yang nak tanggung.??
aku taknak muda2 ke balai , bergari bagai..
ahh...
serabut..


nak buat bisnes..??
nazli ada tawarkan tapak meniaga..sebelah gerai dia..
kata dia "ko bukak la kedai burger tepi KFC aku ni.."
aku.."hurm..boleh ke..??"
dengan jarak ke tempat tu agak jauh..masalah kenderaan lagi..
bukan taknak..nak sangat..even umi pun supportive gila..
dia siap suruh aku goreng karipap lagi..
hurmm...

bila datang dugaan macam ni..taktau nak buat apa..

korang2..!!ada cadangan..??bagi ASAP..!!

Bersama Guru Gayong


Fahamkan Sendiri..!!

Kelibat Korupsi - One Buck Short

Verse 1:
Bertapa hebatnya kita membeli isu terkini
Fakir miskin terpedaya
Orang kaya semakin kaya
Bagaimana kita nak maju asyik mereka rembatkan
AP senang didapat
Projek besar diorang rembat

45 hitam biru mencari-cari
tujuan
Aku dia kita mangsa
Hal kecil menjadi besar
Apa lagi yang kita semua perlu lakukan
Bangsa kita keluar malam
Maruah bangsa semakin curam

Chorus:
Ingat kita takut?!
Apa mengarut?!
Kita tunjukkan!
RAKYAT KEDEPAN!

Verse 2:
Bertahun-tahun akan kita merasai sengsara
Peperangan yang tak sudah!
Cari harta mengambil tanah!
Walau sekarang kita hidup hidup dah cukup mudah
Tak cukup tamak harta
Cari makan mereka kata

Dikir Barat:

Bak Kata
Cerita pendek
Kita harus
Kerja sama

Jaga jaga
Jaga nama
Kalau jatuh
Depa pijak

Kerja sama
Boleh maju
Jangan malas
Jangan tipu

Makan rasuah
Tikam belakang
Semua ini
Buat rosak

Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!

Tukar cara
Kita fikir
Baru hapus
KORUPSI!

Musim Examphobic


assalamualaikum...

just nak bagi tahu yang aku tengah demam SPM..hahaha
dah semakin dewasa..6 paper berlalu dengan selamba..
ditempuh dengan linangan air mata..menyesal tiada guna..
kekejaman yang berlaku di hadapan mata..
dijawab dengan susah payah yang teramat..

macam dalam kubur.jumpa mungkar dan nangkir..
mulut tak boleh berkata..nak tipu pun tak guna..
masa tu menyesal sebab tak beramal..
macam menyesal tak baca buku..


bila soalan ditanya..bila kertas soalan dibuka..
macam taw jawapannya..tapi tangan kaku,beku,lesu..
tak boleh bergerak..
tak boleh nak tembak..


wajah mak ayah terbayang di mata..
riak senyum mereka..
usaha2...gambate kudasai kata kakak..
aku paksa tangan dan kaki..
tendang meja dan kerusi..
capai pensil dan berus gigi (hah..?)
aku terus mendaki..


jawapan ku tala penuh yakin..
penuh kertas jawapan aku conteng..
tah hapa aku mengarut,mencarut..
maki hamun..
aku harap pemeriksa paham..
aku mengisi bukan diam..
ada gak jawapan..
bukan salin soalan..
bukan juga hantar kertas kosong..!!

kepada kawan2...kekejaman mesti diteruskan.
berapa hari je lagi...
walau meleleh hingus..
pecah darah..
kecur peluh..
sampai badan bau masam ketiak..
peduli hapa...jawap..!!!

Senarai Syahid Memali

1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.




2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.




3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.




4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.




5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.




6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.




7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.




8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.




9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.




10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.




11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.




12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.




13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.




14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.



ehsan : anarqiy yellow

Blog Widget by LinkWithin